2012 Nissan GTR R35 kini sudah pun memegang rekod sebagai kereta terlaju di Asia selepas Lexus LFA mengatasi GTR R35 2011. walaupun kereta ini masih lagi belum dipasarkan di beberapa negara namun ianya mempunyai potensi yang besar dalam mengatasi pencabar-pencabar lain termasuk Porche GT2, Lamborghini Gallardo, Lexus LFA, Corvette Zr 1/ Z06, Dodge Viper dan sebagainya.
sila lihat ini http://www.youtube.com/watch?v=A5R-oi91bd4. berdasarkan keputusan ini, 2011 GTR R35 ini hanya ketinggalan sedikit dibelakang LFA dan ini menunjukan bahawa, walaupun teknologi LFA yang dikatakan amat sophisticated, namun, ianya tidak menunjukan bahawa ianya jauh lebih hebat berbanding kereta lain.
berlainan dengan situasi ini http://www.youtube.com/watch?v=yaxlAr3XQd4, dimana Nissan GTR R35 2012 telah mengalahkan Nissan GTR R35 lebih jauh berbanding Lexus LFA yang hanya dilihat menang tipis ke atas Nissan GTR R35 2011.
ini menunjukan bahawa, Nissan GTR R35 2012 mempunyai potensi yang amat besar untuk menumpaskan kereta berkuasa besar. saya percaya, dengan cara tuning yang sempurna, nescaya ianya akan mengalahkan lawan-lawan lain seperti koenigsegg, ferarri, lamborghini, bugatti, dan audi r8. GTR akan menjadi godzilla yang lebih dashyat....

No comments:
Post a Comment